
SHAH ALAM, 18 Januari 2026 β Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengambil maklum berhubung penularan sebuah rakaman video menerusi TikTok melibatkan aktiviti senaman aerobik yang didakwa berlaku di Bukit Badong, Selangor, seperti yang tular di media sosial.
Jabatan ini memandang serius perbuatan ini dan akan mengambil tindakan mengikut undang-undang kerana perbuatan tersebut selain sangat tidak beradab, ia mengandungi beberapa elemen yang boleh dikaitkan dengan perlakuan tidak sopan di tempat awam atau suatu perbuatan yang menyebabkan agama Islam dipandang hina.
Sehubungan itu, JAIS sedang menyiasat kejadian tersebut termasuk lokasi sebenar kejadian, penganjur program dan individu-individu yang terlibat. JAIS memohon kerjasama daripada orang awam untuk tampil membantu siasatan atau menghubungi talian Hotline JAIS di talian 1800-88-2424.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
Wassalam.
ππππβ ππππ ππππ πππππππππ πππ πππππ D.P.M.S., P.P.T.
Pengarah
Jabatan Agama Islam Selangor
18 Januari 2026
