🇲🇾KDN BANTU RAKYAT PEDALAMAN SARAWAK: KERAJAAN TURUN PADANG, TIADA RAKYAT TERCICIR

21 Jan 2026

Kementerian Dalam Negeri (KDN) komited memastikan tiada rakyat Malaysia tercicir daripada sistem negara, khususnya penduduk di kawasan pedalaman Sarawak yang sebelum ini berdepan kekangan akses untuk memiliki dokumen pengenalan diri.

💬KENYATAAN YB MENTERI DALAM NEGERI

“Jika seseorang tidak memiliki dokumen pengenalan diri, kehidupan mereka menjadi sangat sukar. Anak sukar ke sekolah dan apabila sakit, kos rawatan menjadi beban. Sebab itu kerajaan memilih untuk pergi mencari mereka, bukan menunggu mereka datang.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail,
Menteri Dalam Negeri

Sejak Julai 2023, melalui Pasukan Petugas Khas (PPK) di bawah Inisiatif MEKAR (Menyemai Kasih Rakyat), kerajaan tidak menunggu rakyat datang ke pejabat, sebaliknya turun padang mencari rakyat sehingga ke rumah panjang dan kawasan yang hanya boleh diakses melalui 4×4, bot dan helikopter.

📌 Pencapaian Utama Setakat Ini:

  • 13,224 permohonan berjaya dikumpulkan
  • 12,509 permohonan telah diselesaikan
  • 95% kadar kejayaan keseluruhan
  • Baki 715 permohonan sedang dalam proses penyelesaian

Inisiatif ini bukan sahaja memudahkan urusan dokumentasi, malah membuka akses kepada pendidikan, kesihatan dan perkhidmatan asas, selaras dengan prinsip Malaysia MADANI yang menekankan keadilan sosial dan keterangkuman.

KDN akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Kerajaan Negeri Sarawak dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi memastikan usaha ini diteruskan sehingga setiap rakyat yang layak diiktiraf dan dibela haknya.

Sumber:
Pertanyaan Jawab Lisan Dewan Rakyat, Mesyuarat Pertama Penggal Kelima,
Parlimen Kelima Belas | 21 Januari 2026 

KDNBantuRakyat

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *