
22 Jan 2026
Matriks Pembelajaran Tahun Empat dan Tingkatan Tiga dilaksanakan secara berpusat, namun ia bukan sistem peperiksaan berisiko tinggi, sebaliknya bertujuan membuka ruang penambahbaikan bagi meningkatkan pencapaian murid.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pelaksanaan Matriks Pembelajaran Malaysia (MPM) bagi murid Tahun Empat bertujuan menilai pencapaian asas murid, khususnya dalam literasi, numerasi dan kemahiran asas saintifik, sekali gus membolehkan intervensi awal dirangka sebelum mereka melangkah ke peringkat seterusnya.
Beliau menjelaskan perkara itu susulan persoalan masyarakat selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan MPM untuk murid Tahun Empat dan Tingkatan Tiga pada Selasa lepas.
Sumber berita Bernama
