


KUCHING, 23 Jan β Ordinan Profesion Guaman Syarie Sarawak akan digubal bagi memperkukuhkan profesion guaman syarie di negeri ini.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penggubalan ordinan itu melibatkan Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS), Persatuan Peguam Syarie Sarawak (PPSS) serta Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak (SAG).
βSaya menyambut baik usaha ini bagi memastikan profesion guaman syarie dapat dinaik taraf dan seterusnya mampu memberikan perkhidmatan guaman syarie terbaik kepada masyarakat,β katanya.
MEMPERKUKUHKAN KERJASAMA
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan bila ordinan berkenaan akan dikuatkuasakan.
Selain itu, beliau turut menekankan keperluan Sarawak memperkukuhkan kerjasama dengan negeri-negeri lain serta Persekutuan, yang dilihat penting dalam mencorak dan memperkasa sistem kehakiman syariah.
Datuk Patinggi Abang Johari berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Pembukaan Tahun Perundangan Syariah Sarawak yang berlangsung di Kuching, malam tadi.
Dalam pada itu, beliau berharap institusi kehakiman dapat bertindak tangkas beradaptasi dengan era media sosial tanpa menggadaikan prinsip keadilan.
Sebarang ulasan serta persepsi awam yang disuarakan melalui media sosial, katanya, tidak seharusnya menjejaskan kebebasan dan kebijaksanaan hakim dalam membuat keputusan berdasarkan fakta serta undang-undang.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
DICKIN
FOTO: UKAS
