KSU KDN TINJAU POTENSI PRODUK ‘SUKA’ DAN PROJEK BAHARU DI PUSPEN KARAK

23 Jan 2026

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Dr. Awang Alik Jeman, telah mengadakan sesi lawatan kerja rasmi ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Karak, Pahang.

Lawatan ini bertujuan untuk memantau keberkesanan program pemulihan serta melihat dengan lebih dekat inisiatif transformasi yang dijalankan oleh pihak pengurusan pusat tersebut dalam membantu klien kembali ke pangkuan masyarakat.

Dalam sesi tersebut, Datuk Dr. Awang Alik telah meluangkan masa meninjau produk Sokongan Untuk Kepulihan Anda (SUKA) yang merupakan hasil air tangan kreatif para klien di PUSPEN Karak.

MADUK KELULUT

Produk utama yang mendapat perhatian beliau ialah perusahaan Madu Kelulut, sebuah projek ekonomi yang bukan sahaja melatih disiplin diri klien tetapi juga memberikan kemahiran teknikal dalam bidang pertanian dan keusahawanan.

Penghasilan produk seperti ini membuktikan bahawa dengan bimbingan yang tepat, para penghuni PUSPEN mampu menyumbang kepada ekonomi dan membina keyakinan diri sebelum melangkah keluar ke dunia luar.

MENINJAU PRODUK SEDIA ADA

Selain meninjau produk sedia ada, Datuk Dr. Awang Alik turut dibawa melawat ke kawasan sekitar yang telah diwartakan bagi pelaksanaan projek-projek baharu di dalam kompleks PUSPEN Karak.

Perancangan pembangunan infrastruktur dan fasiliti baharu ini dijangka akan memantapkan lagi kapasiti pusat pemulihan tersebut dalam menyediakan persekitaran yang lebih kondusif dan moden bagi proses rawatan dan pemulihan.

Turut mengiringi beliau dalam lawatan kerja ini ialah Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Dato’ Ruslin Jusoh.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *