PHONE 📞 SCAM‼️‼️Menyamar Pegawai Pelbagai Agensi

24 Jan 2026

(Info Ringkas)

Menyamar Pegawai: Mendakwa dari bank, polis, mahkamah, Tounch&go atau kastam kononnya ada transaksi mencurigakan atau bungkusan haram.

Panggilan Senyap/Ujian: Panggilan yang tiada suara untuk mengesahkan nombor aktif.

Ugutan: Mengatakan anda akan ditangkap, akaun dibekukan, atau disiasat.

Minta Maklumat Peribadi/OTP: Meminta nombor kad pengenalan, kod OTP, atau kata laluan perbankan.

Fail APK/Malware: Menghantar fail aplikasi melalui WhatsApp yang boleh mencuri maklumat perbankan.

🚨 Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:​
📞 Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.​
📍 Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.​
👮‍♂️ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *