


PARIT BUNTAR | 25 Januari 2026 (Ahad) – Sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Perak Cawangan Parit Buntar telah menjalankan pemeriksaan dan aktiviti penguatkuasaan di premis perniagaan sekitar Pekan Titi Serong, Parit Buntar.
Hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan mendapati kebanyakan premis mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh pihak Kementerian. Alat timbang dan sukat yang digunakan untuk tujuan perdagangan berada dalam tempoh sah penentusahan manakala tanda harga pada barangan yang dipamerkan untuk jualan adalah jelas dan teratur.
Peniaga telah diingatkan supaya sentiasa mengamalkan etika perniagaan yang baik. Tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana peniaga yang gagal mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.
Sebarang pertanyaan dan aduan bolehlah dibuat melalui:-
https://e-aduan.kpdn.gov.my
Tel : 05-717 6055 (KPDN Parit Buntar)
Whatsapp Aduan:- 019-848 8000
©Unit Media 2026 | KPDN Perak
