HASRAT BELANDA JALINKAN KERJASAMA DENGAN SARAWAK DALAM PENGURUSAN BANJIR

KUCHING, 28 Januari 2026 — Belanda berhasrat berkongsi kepakaran melalui jalinan kerjasama dengan Sarawak, khususnya dalam kaedah pengurusan air bagi menangani masalah banjir.

Duta Besar Belanda ke Malaysia, Jacques Werner berkata, Belanda merupakan sebuah negara delta tanah rendah yang mempunyai pengalaman berkurun lamanya dalam pengurusan air.

BERKONGSI KEPAKARAN

Sehubungan itu, negara berkenaan bersedia berkongsi kepakarannya bagi membantu Sarawak yang sering dilanda banjir sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terutama di kawasan seperti Bintulu dan Sibu.

“Di Belanda, kami akan menandatangani satu memorandum persefahaman dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia berkaitan kerjasama pengurusan air, dan saya telah mencadangkan agar kerjasama itu diperluaskan kepada Sarawak yang kerap dilanda banjir sejak beberapa tahun ini, khususnya di Bintulu, Sibu dan kawasan lain,” katanya.

Selain itu, beliau bersama rombongan turut menghadiri Persidangan dan Pameran Aeroangkasa Asia Pasifik (APACE) 2026 di Kuching serta menyatakan minat untuk melabur dan menyumbang kepada agenda Sarawak ke arah pembangunan ekonomi aeroangkasa.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr. Sim Kui Hian di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, hari ini.

Wartawan/Foto: Eric

beritartmsarawak

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *