Virus Nipah : Rakyat Malaysia yang melancong ke India digesa ambil langkah berjaga-jaga

30 JAN 2026

Rakyat Malaysia yang melancong ke India dan mereka yang menetap di negara itu digesa supaya mengambil langkah berjaga-jaga terhadap jangkitan virus Nipah, menurut Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi pada Khamis.

Kenyataan itu menasihatkan mereka yang melawat kawasan yang mempunyai laporan kes virus Nipah supaya memakai pelitup muka di tempat awam bagi mengurangkan pendedahan kepada titisan cecair serta mengelakkan kawasan sesak jika boleh.

Mereka juga diminta untuk mengekalkan kebersihan diri yang ketat, termasuk kerap mencuci tangan, dan mengelakkan makan buah-buahan yang tidak dibasuh atau makanan yang mungkin terdedah kepada pencemaran.

BernamaNews

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *