






Oleh: Sholina Osman
Foto FB LKIM
31 JAN. 2026
Seramai 31 nelayan Kuala Perlis menerima pelbagai jenis bantuan berjumlah RM50,000.00 sempena Program Rahmah Mesra Madani Pengerusi LKIM Bersama Nelayan di Kompleks Perikanan LKIM Kuala Perlis hari ini.
Para penerima ini adalah terdiri daripada nelayan-nelayan di bawah Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Perlis.
Sumbangan ini disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Kemajuan kan Malaysia (LKIM) Muhammad Faiz Fadzil yang telah menyempurnakan majlis ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) LKIM Dr Abdul Salim Tajudin, Pengarah LKIM Perlis, Fairuz Ariffin, Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Perlis (PELARIS), Jasni Hashim
Pengerusi, Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Perlis Asri Jab dan Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Perlis Selatan Abu Bakar Saad.
BERUPA ENJIN SANGKUT
Bantuan yang diserahkan adalah berupa enjin sangkut berkuasa 30 kuasa kuda (kk) kepada seorang penerima.
Bantuan pukat beserta kelengkapan dan tong ikan berinsulasi pula diberikan kepada 30 penerima.
Selain itu 10 nelayan menerima bantuan bakul makanan kesemuanya bernilai RM750.00.
Pemberian bantuan ini adalah di bawah Program Peningkatan Pendapatan – Insentif/Bantuan Peralatan Penangkapan Ikan (Touchpoint) LKIM.
Manakala bakul makanan pula
bagi membantu para nelayan meringankan bebanan perbelanjaan mereka. – JM
