






Oleh: Sholina Osman
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
31 JAN. 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Bangunan Sultan Abdul Samad (BSAS) dan keseluruhan kompleks bersejarah akan terus menjadi cerminan identiti negara.
Beliau berkata sebuah negara yang maju dan progresif, namun tidak
terputus daripada akar sejarahnya; membangun bukan sahaja dengan kekuatan ekonomi, tetapi dengan jiwa, nilai dan kemanusiaan.
“Kita harus memastikan bangunan-bangunan warisan ini terus hidup sebagai ruang yang mendidik,
menyatukan dan memberi inspirasi — bukan sekadar untuk dikenang, tetapi untuk dimanfaatkan oleh generasi hari ini dan pewaris kita pada masa hadapan,” kata beliau ketika berucap sempena majlis Penyempurnaan Pemuliharaan Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur hari ini.
MAJLIS PENYEMPURNAAN PEMULIHARAAN
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menyempurnakan Majlis Penyempurnaan Pemuliharaan Bangunan Sultan Abdul Samad
(BSAS) Fasa 1 di Kuala Lumpur hari ini.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Anwar berkata keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
juga bukan sekadar
menyempurnakan sebuah acara, tetapi mengingatkan kita bahawa perjalanan negara ini sentiasa
berakar pada sejarah, dipandu nilai dan dilindungi institusi Raja Berperlembagaan.
ENAM BLOK BANGUNAN
Anwar berkata seperti dinyatakan dalam Belanjawan 2026, projek ini
meliputi kesemua enam blok Bangunan Sultan Abdul
Samad, selain pemuliharaan Seri Negara dan Carcosa di
Bukit Carcosa.
“Kita harus pastikan rakyat biasa dapat menikmati kemudahan-kemudahan ini. Pemuliharaan
Bangunan Sultan Abdul Samad ini menjadi antara manifestasi
awal yang dapat dilihat dan dirasai oleh rakyat,” kata beliau.
Namun, kata Perdana Menteri
pemuliharaan tidak boleh berhenti pada struktur semata-mata.
“Bangunan warisan mesti dihidupkan.
Bangunan Sultan Abdul Samad ini akan menempatkan Galeri
Bandaraya Kuala Lumpur, yang menelusuri perjalanan bangunan ini dan ibu kota Kuala Lumpur melalui lima ruang bertema merentasi tiga abad sejarah,” kata beliau.
CERMINAN LEGASI EKONOMI
Di samping itu, beliau berkata Galeri Royal Selangor akan mempamerkan
seni kraf piuter sebagai cerminan legasi ekonomi, kreativiti dan daya usaha masyarakat Kuala Lumpur yang lahir daripada sejarah perlombongan bijih timah.
“Saya yakin Bangunan Sultan Abdul Samad dan keseluruhan
kompleks bersejarah ini akan terus menjadi cerminan identiti
negara,” kata beliau.
Jelas Anwar sebuan negara yang maju dan progresif, namun tidak
terputus daripada akar sejarahnya; membangun bukan sahaja dengan kekuatan ekonomi, tetapi dengan jiwa, nilai dan kemanusiaan.
“Kitq harus memastikan bangunan-bangunan warisan ini terus hidup sebagai ruang yang mendidik,
menyatukan dan memberi inspirasi — bukan sekadar untuk dikenang, tetapi untuk dimanfaatkan oleh generasi hari ini dan pewaris kita pada masa hadapan,” ujar beliau. – JM
