





KULIM, 31 Januari 2026 β YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri, telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan Daerah Kulim (Sesi 2) yang berlangsung di Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech Park (KHTP), petang ini.
Seramai 302 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir besar pada Oktober lalu telah menerima Bantuan Wang Ihsan berjumlah RM1,000 seorang. Penerima terdiri daripada penduduk kawasan Karangan, Lunas, Padang Meha dan Padang Cina yang terpaksa dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS).
Sebelum ini, sesi pertama penyerahan bantuan telah diadakan pada 16 Januari 2026 melibatkan 196 KIR di kawasan Merbau Pulas. Secara keseluruhan, seramai 498 KIR telah menerima Bantuan Wang Ihsan setakat ini.
Penyaluran bantuan ini mencerminkan keprihatinan serta komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara, khususnya ketika berdepan musibah dan bencana alam.
