SARAWAK SASAR JADI “THE STAR OF ASEAN”

KUCHING, 31 Jan – Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhasrat melihat Sarawak muncul sebagai “The Star of ASEAN” sejajar dengan pembangunan pesat yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Menurut beliau, kejayaan dasar dan polisi pembangunan Sarawak kini mula mendapat perhatian negara-negara ASEAN, khususnya dari segi struktur ekonomi yang mampan dan tersusun.

Beliau mendedahkan telah dijemput oleh Indonesia Business Council untuk menyampaikan ucaptama kepada ribuan usahawan di Jakarta pada Selasa depan, 3 Februari, bagi berkongsi perkembangan serta pencapaian ekonomi Sarawak.

“Hasrat saya, selagi saya hidup, mudah-mudahan saya dapat melihat Sarawak menjadi ‘The Star of ASEAN’ di rantau ini. Negara-negara ASEAN telah mula memberi perhatian kepada kita dan insya-Allah pada 3 haribulan, saya dijemput oleh Indonesia Business Council untuk menyampaikan ucaptama kepada ribuan usahawan di Jakarta mengenai pembangunan yang berlaku di Sarawak.” katanya.

Premier berkata demikian semasa merasmikan Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak (YSISS) Kuching di Batu 12, Jalan Kuching–Serian, hari ini.

Beliau berkata, tanpa polisi yang jelas, Sarawak tidak akan dikenali di peringkat antarabangsa.

Premier Sarawak turut menzahirkan harapan agar kejayaan ini akan membuka masa depan yang lebih cerah kepada generasi muda Sarawak yang bakal muncul sebagai pemimpin rantau ini pada masa hadapan.

DEBBIE AMANDA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *