


TEBEDU, 31 Januari – 327 tahanan warganegara Indonesia dipindahkan ke negara asal melalui laluan darat dari Depot Imigresen Bekenu ke pintu sempadan Tebedu/Entikong.
Operasi pemindahan dilaksanakan pada Khamis dan semalam.
Menurut kenyataan Jabatan Imigresen Malaysia, JIM Sarawak, mereka terdiri daripada 272 lelaki dewasa, 54 perempuan dewasa, serta seorang bayi lelaki berusia enam hari.
Pemindahan dilakukan menggunakan lapan buah bas, dengan penyelarasan logistik, kawalan keselamatan dan pemantauan pergerakan yang dilaksanakan secara bersepadu antara pasukan pengiring dan pengurusan depot.
Seramai 26 pegawai iring kawal JIM Sarawak terlibat dalam operasi itu, selain turut disertai pihak Konsulat Republik Indonesia.
Jamalia
Foto JIM Sarawak
