
Gombak, 1 Februari 2026 – Seorang lagi anggota geng ‘Kapten Praba’ dibawa pulang ke negara ini, kali ini dari Thailand ketika usaha mengesan saki baki ahli kumpulan jenayah giat diteruskan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ia tambahan kepada tiga ahli kumpulan itu yang sebelum ini dibawa pulang dari Mumbai, India hasil kerjasama PDRM dengan pihak berkuasa negara terbabit menerus Op Jack Sparrow.
Ketua Polis Negara (KPN), Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail, ketika mengulas lanjut berkata berkata suspek dibawa pulang dari Thailand kira-kira jam 10.30 malam tadi dan dibawa ke mahkamah hari ini bagi proses permohonan reman.
“Kerjasama yang diberikan pihak polis Thailand banyak membantu kelancaran usaha membawa pulang suspek ke negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Kepolisan Komuniti lawatan KPN ke Program ‘Thaneer Panthal’ PDRM di Kuil Sri Subramania Swamy, Batu Caves, di sini, hari ini.
Sumber: Berita Harian
