π—¦π—”π—Ÿπ—”π—› π—šπ—¨π—‘π—” 𝗣𝗔𝗦 π—Ÿπ—”π—ͺ𝗔𝗧𝗔𝗑 π—¦π—’π—¦π—œπ—”π—Ÿ:

15 Warganegara asing ditahan.

4 Feb 2026

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah melaksanakan operasi penguatkuasaan “Ops Dandan” di sebuah Klinik Kecantikan yang disyaki tidak mempunyai lesen Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 3 Februari 2026 dan berjaya menahan 15 warganegara asing.

Dalam operasi ini, seramai 18 individu telah diperiksa berikutan aduan awam yang diterima.

Hasil pemeriksaan, seramai 15 warganegara asing telah ditahan terdiri daripada enam (6) lelaki dan tujuh (7) perempuan warganegara China serta dua (2) perempuan warganegara Myanmar kerana disyaki menjalankan rawatan kecantikan tanpa kebenaran dan tidak memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sah.

Warganegara China

Siasatan awal mendapati warganegara China yang ditahan ini telah menyalahguna Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk bekerja di negara ini.

Pasukan operasi telah menyita beberapa pakaian uniform, telefon bimbit, komputer riba, kamera litar tertutup, lesen perniagaan dan lain-lain dokumen berkaitan syarikat.

Modus operandi klinik ini adalah menawarkan perkhidmatan rawatan muka dan kecantikan badan dengan menggunakan khidmat warganegara asing yang menyalahgunakan PLS untuk menjalankan prosedur kecantikan. Klinik ini dipercayai dimiliki oleh seorang warganegara China yang turut menyalahgunakan pas dan telah beroperasi sejak satu (1) tahun lalu serta telah mengaut untung ratusan ribu ringgit.

Kesemua warganegara asing yang ditahan disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Sek. 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan dibawa ke Pejabat JIM WPKL untuk tindakan lanjut. Seramai tiga (3) perempuan warganegara tempatan yang merupakan pekerja di klinik tersebut telah diberikan Notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan.

Jabatan akan meneruskan tindakan tegas bagi membanteras apa jua aktiviti yang melanggar undang-undang negara. Masyarakat turut diingatkan agar tidak melindungi atau membantu mana-mana pihak yang melanggar undang-undang imigresen.

Sebarang maklumat boleh disalurkan terus melalui saluran aduan rasmi JIM demi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara sentiasa terpelihara.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *