Penjawat awam wanita di Negeri Sembilan diberi kelonggaran seawal jam 2 petang pada setiap Jumaat sepanjang bulan Ramadan

5 Jan 2026

SEREMBAN- Penjawat awam wanita di Negeri Sembilan diberikan kelonggaran untuk pulang seawal jam 2 petang pada setiap Jumaat sepanjang bulan Ramadan.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang berkata, pelaksanaan waktu bekerja fleksibel khas Ramadan tersebut hanya melibatkan penjawat awam wanita di bawah pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta badan berkanun negeri.

Menurut beliau, inisiatif itu dilaksanakan bagi memberi ruang kepada golongan wanita membuat persiapan berbuka puasa serta menguruskan keluarga sepanjang bulan mulia tersebut.

WAKTU BEKERJA FLEKSI KHAS

“Pelaksanaan waktu bekerja fleksi khas bulan Ramadan tahun 2026 ini melibatkan penjawat awam wanita di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan.

“Jadi pada hari Jumaat, mereka akan bekerja sehingga jam 2 petang.

Selepas penjawat awam lelaki datang, mereka boleh pulang. Ia melibatkan kira-kira 2,496 penjawat awam wanita di negeri ini,” katanya hari ini.

Sumber: Facebook Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Harun

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *