



18 Feb 2026
Malam pertama Ramadan disambut penuh kesyukuran di seluruh negara apabila ribuan umat Islam membanjiri masjid dan surau bagi menunaikan solat sunat tarawih, menandakan bermulanya bulan penuh keberkatan yang dinanti-nantikan setiap tahun.
Seawal waktu isyak, jemaah daripada pelbagai peringkat usia termasuk kanak-kanak dilihat memenuhi ruang solat, dengan sebahagian masjid mencatat kehadiran luar biasa, mencerminkan semangat umat Islam menyempurnakan rukun Islam keempat, iaitu berpuasa pada bulan Ramadan.
Antara bidikan lensa BERNAMA malam ini adalah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kelantan, Johor, Kedah serta Sabah.
πΈ Team BERNAMA
