PMX ziarah dua keluarga mangsa kebakaran di Jalan Nuri, Kampung Seri Cheeding, Banting

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
20 FEB. 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi serta menyampaikan sumbangan kepada dua keluarga yang rumah mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Nuri, Kampung Seri Cheeding, Banting dua minggu lalu.

“Peristiwa ini amat menyayat hati, lebih-lebih lagi apabila salah sebuah keluarga turut kehilangan insan tersayang, iaitu anak lelaki berusia tiga tahun yang terkorban selepas terperangkap dalam kebakaran tersebut,” kata beliau dalam hantatan di FB.

Beliau berharap semoga dengan sumbangan kecil ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung.

“Saya mendoakan agar kedua-dua keluarga dikurniakan ketabahan, kekuatan serta dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi ujian yang amat berat ini,” katanya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *