




NILAI, 21 Februari 2026 – Baitul Mahabbah Nilai, Negeri Sembilan awal pagi ini diserikan dengan kehadiran YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri yang turun padang menyantuni para petugas menerusi Program Singgah Sahur Bersama Menteri Dalam Negeri.
Ketibaan beliau telah disambut oleh YBhg. Dato’ Lokman Effendi Ramli, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), bersama Pengurusan Tertinggi Jabatan serta pegawai bertugas.
Program ini bukan sekadar kunjungan, tetapi satu tanda penghargaan dan sokongan moral kepada warga Jabatan Imigresen Malaysia yang terus komited melaksanakan amanah walaupun dalam suasana Ramadan. Dalam suasana penuh sederhana dan ukhuwah, YB Menteri turut menyampaikan juadah bersahur kepada petugas sebagai simbol penghargaan atas dedikasi dan pengorbanan mereka.
Kehadiran pimpinan tertinggi kementerian pada waktu sahur mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan kebajikan, keselamatan serta pengurusan yang berhemah sentiasa menjadi keutamaan.
Ramadan mengajar erti kesabaran dan pengorbanan, di sinilah ia diterjemahkan melalui khidmat yang tidak pernah terhenti demi negara tercinta.
