
Wartawan JM
23 FEB. 2026
Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan tiada sebarang permohonan bagi Bantuan Ramadan dan Tuntutan Kredit E-Tunai seperti yang tular menerusi media sosial.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan turut berkongsi di FBnya bagi memaklumkan poster “Bantuan Ramadan RM500 one-off” berserta gambar Perdana Menteri itu adalah palsu.
Sehubungan itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak klik pautan meragukan, tidak berkongsi maklumat peribadi kepada sumber tidak sah dan sentiasa menyemak maklumat melalui saluran rasmi MOF.
Maklumat sahih boleh diperoleh dengan melayarai laman web www.mof.gov.my dan media sosial rasmi kementerian itu. – JM
