Pentingnya aspek kebajikan warga Kementerian Pertahanan dijaga – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
25 FEB. 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan aspek kebajikan warga Kementerian Pertahanan dijaga khususnya berkaitan isu perumahan.

Beliau berkata ia akan memberi kesan langsung kepada kesejahteraan keluarga anggota dan Kerajaan MADANI kekal fokus untuk terus meletakkan kebajikan pegawai, anggota serta keluarga pasukan keselamatan sebagai keutamaan.

Terdahulu Anwar hadir dalam mesyuarat bersama Pengurusan Tertinggi Kementerian Pertahanan dan kepimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dikongsikan dalam hantaran di FB.

BEBERAPA KEPUTUSAN STRATEGIK

“Saya telah diberikan taklimat berhubung beberapa keputusan strategik yang menyentuh soal kedaulatan dan keselamatan negara,” kata beliau.

Anwar berkata perbincangan ini amat mustahak bagi memastikan kesiapsiagaan serta keupayaan ATM terus diperkasa dalam mendepani cabaran dan ancaman geo-strategik yang semakin kompleks.

“ATM kekal sebagai benteng utama pertahanan negara dan simbol kedaulatan yang wajib dipelihara,” kata beliau.

Selesai mesyuarat, Anwar menghadiri majlis tazkirah di Masjid Khalid Bin Al Walid sempena program Ihya Ramadan bersama warga kementerian, dan kemudiaan menunaikan solat Zuhur bersama-sama. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *