π—£π—”π—›π—”π—‘π—š π——π—œπ—‘π—’π—•π—”π—§ π—§π—˜π— π—£π—”π—§ π—£π—˜π—₯𝗧𝗔𝗠𝗔 π—œπ—‘π——π—˜π—žπ—¦ π—£π—˜π—₯𝗣𝗔𝗗𝗨𝗔𝗑, π—žπ——π—£π—• π—¦π—¨π—Ÿπ—§π—”π—‘ π—£π—”π—›π—”π—‘π—š 𝗠𝗔𝗛𝗨 π—¦π—˜π— π—”π—‘π—šπ—”π—§ 𝗛𝗔π—₯π— π—’π—‘π—œ π—§π—˜π—₯𝗨𝗦 π——π—œπ—£π—˜π—Ÿπ—œπ—›π—”π—₯𝗔

TEMERLOH, 25 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah menzahirkan rasa bangga di atas kejayaan Pahang mencatat skor tertinggi dalam Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) 2025.

Paduka Baginda bertitah, pengiktirafan itu merupakan satu pujian kepada seluruh rakyat negeri ini serta Kerajaan Negeri yang berjaya mengharmonikan dan menegakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Pahang.

β€œIni seharusnya menjadi satu kebanggaan kepada seluruh rakyat Pahang. Saya harap semangat harmoni dan perpaduan ini dapat diteruskan dan kekal buat selama-lamanya.

Paduka Baginda turut menegaskan bahawa semangat perpaduan merupakan satu aset dan khazanah negeri yang amat bernilai serta perlu terus dipupuk, termasuk dalam kalangan generasi akan datang.

β€œSeri perpaduan ini adalah satu aset khazanah kita. Bersama-samalah kita semua menerapi semangat perpaduan ini dan mendidik generasi-generasi akan datang supaya terus menghargainya,” titah Baginda.

Paduka Baginda bertitah demikian selepas berkenan bercemar duli mendengar persembahan Taklimat Pembangunan Daerah Temerloh di Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh, hari ini.

Paduka Baginda berkenan menerima taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Temerloh, Dato’ Khairur Rizal Ramli dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh, Encik Rizal Mustafa mengenai perancangan pembangunan dan pencapaian di daerah berkeluasan 2272 kilometer persegi ini. -KESULTANAN PAHANG

β€”β€”β€”

PAHANG RANKED FIRST IN NATIONAL UNITY INDEX, SULTAN OF PAHANG CALLS FOR HARMONY TO BE PRESERVED

TEMERLOH, 25 February 2026 – His Royal Highness the Sultan of Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, expressed pride over Pahang’s achievement in recording the highest score in the National Unity Index (IPNas) 2025.

His Royal Highness said the recognition is a commendation to the entire rakyat of the state as well as the State Government for successfully fostering and upholding the spirit of unity among Pahang’s multiracial communities.

β€œThis should be a source of pride for all the people of Pahang. I hope this spirit of harmony and unity will continue and endure forever.”

His Royal Highness further emphasised that unity is a valuable asset and treasured heritage of the state that must be continuously nurtured, including among future generations.

β€œThe radiance of unity is a treasured asset of ours. Let us all embrace this spirit of unity and educate future generations to continue appreciating it,” His Royal Highness said.

His Royal Highness made these remarks after graciously attending a briefing on the Temerloh District Development at the Temerloh District and Land Office today.

His Royal Highness received the briefing presented by Temerloh District Officer Dato’ Khairur Rizal Ramli and President of the Temerloh Municipal Council, Encik Rizal Mustafa, regarding development plans and achievements in the district, which spans 2,272 square kilometres. -KESULTANAN PAHANG

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *