
28 Feb 2026
Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 bakal berlangsung di Pulau Pinang pada bulan Jun ini, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Beliau berkata sambutan itu dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Lokasinya di Pulau Pinangβ¦ tetapi ada sedikit perubahan pada tarikh dan (kita) sedang membuat pengesahan,” katanya kepada media selepas majlis berbuka puasa Perdana Menteri bersama penggiat media dan pempengaruh di Putrajaya malam ini.
Sambutan HAWANA 2025 telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, yang menjadi platform penting dalam menghargai peranan pengamal media di Malaysia selain memperkukuh ekosistem kewartawanan.
