๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—š ๐—”๐—š๐—œ๐—› ๐Ÿฏ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—•๐—˜๐—ž๐—”๐—ฆ ๐—•๐—จ๐—•๐—จ๐—ฅ ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ž ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—œ

.
๐—ž๐—จ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก, ๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐—™๐—ฒ๐—ฏ๐—ฟ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ โ€“ Sebanyak 300 bekas bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai menerusi Program Ihyaโ€™ Ramadan Memasak dan Agihan Bubur Lambuk anjuran Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang bersama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Padang Majlis Bandaraya Kuantan, di sini pada Rabu.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan Mat Rejab berkata, program berkenaan merupakan inisiatif tahunan agensi itu dalam menyemarakkan Ramadan melalui pendekatan kebajikan dan kemasyarakatan.

Jelas beliau, aktiviti gotong-royong memasak membabitkan warga kerja Ibu Pejabat Maritim Negeri Pahang bermula seawal pukul 8.30 pagi, manakala persiapan bahan mentah dilaksanakan sehari lebih awal bagi memastikan kelancaran program.

โ€œSelepas selesai proses memasak, bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai pada sebelah petang sebagai juadah berbuka puasa.

โ€œProgram ini bukan sahaja mengimarahkan Ramadan, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara agensi dan komuniti setempat,โ€ tambah beliau.

Laksamana Pertama Maritim Mazlan turut berkata, pihaknya komited meneruskan penganjuran program seumpama itu pada masa hadapan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat agensi dalam mendekati masyarakat.

Katanya lagi, pendekatan โ€˜turun padangโ€™ melalui aktiviti kebajikan berupaya memperkukuh hubungan strategik antara Maritim Malaysia dan rakan agensi di samping meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap peranan penguatkuasaan maritim negara.

.

MaritimeNation

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *