Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 6,732 orang pagi ini

28 Feb 2026

Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat kepada 6,732 orang daripada 2,293 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 6,663 orang daripada 2,331 keluarga semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan daerah Tenom menunjukkan trend peningkatan iaitu 4,500 orang daripada 1,507 keluarga, berbanding 4,345 orang daripada 1,467 keluarga semalam.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *