
1 Mac 2026
Kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 6.15 peratus bagi akaun simpanan konvensional dan shariah, dengan jumlah pembayaran RM79.6 bilion bagi 2025, adalah wajar serta mencerminkan prestasi pasaran kewangan yang berdaya tahan walaupun berdepan ketidaktentuan global, kata ahli ekonomi
Pengerusi Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) Dr Nungsari Ahmad Radhi berkata dana persaraan itu telah memberikan pulangan yang kukuh, walaupun 2025 merupakan tahun yang sukar dengan pelbagai ketidakpastian dalam pasaran ekuiti dan hutang, sama ada di peringkat tempatan serta antarabangsa.
βPasaran ekuiti Malaysia meningkat secara beransur-ansur sepanjang tahun dan hanya mencecah 1,700 pada awal tahun ini.
Sumber : Bernama
