




Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
1 MAC 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan rakan-rakan media serta para pempengaruh dalam Majlis Berbuka Puasa MADANI di Kompleks Seri Perdana.
“Peranan mereka amat penting dalam menyampaikan maklumat sahih, membina wacana yang sihat serta memperkukuh kefahaman rakyat terhadap dasar dan hala tuju negara, khususnya dalam era yang sarat dengan cabaran maklumat dan persepsi,” kata Anwar dalam perkongsian di FB.
Dalam majlis sama, beliau turut berkesempatan menyaksikan penyampaian sumbangan TabungKasih@HAWANA kepada sepuluh veteran media yang sedang diuji dengan masalah kesihatan dan kesempitan hidup, sebagai tanda keprihatinan serta membantu mereka membuat persiapan menjelang Aidilfitri.
“Semoga Ramadan yang mulia ini terus menyuburkan nilai ihsan, kebersamaan dan tanggungjawab bersama dalam membangun Malaysia MADANI yang lebih adil, berperikemanusiaan dan sejahtera,” kata beliau. – JM
