π—žπ——π—£π—• π—¦π—¨π—Ÿπ—§π—”π—‘ π—£π—”π—›π—”π—‘π—š π—•π—˜π—₯π—žπ—˜π—‘π—”π—‘ π— π—˜π— π—”π—¦π—¬π—›π—¨π—₯π—žπ—”π—‘ π— π—”π—¦π—π—œπ—— π—£π—¨π—Ÿπ—”π—¨ π—¦π—˜π—₯π—”π—œ π—¦π—˜π—•π—”π—šπ—”π—œ π— π—”π—¦π—π—œπ—— π—§π—˜π—‘π—šπ—žπ—¨ 𝗛𝗔𝗝𝗔𝗛 π—”π—œπ—¦π—¬π—”π—› π— π—”π—‘π——π—”π—ž

PEKAN, 8 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat memasyhurkan Masjid Pulau Serai di sini dengan nama Masjid Tengku Hajah Aisyah Mandak.

Pada majlis sama turut diadakan Majlis Sambutan Nuzul al-Quran, bacaan Yasin dan tahlil Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah.

Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut mengiringi ialah YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta YAM Tengku Arif Temenggong Tengku Fahad Mua’adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah.

Pada majlis berkenaan Paduka Baginda bertitah agar setiap masjid di negeri Pahang mengimarahkan rumah Allah dengan amalan membaca dan mentadabbur al-Quran secara berterusan

β€œSaya harap setiap bangunan yang dinamakan masjid di negeri Pahang ini mesti mengamalkan sebelum atau selepas setiap waktu sembahyang kita adakan bacaan al-Quran dan juga mentafsirkan al-Quran sebagai satu SOP (Prosedur Operasi Standard) wajib.

β€œMudah-mudahan dengan amalan ini negeri Pahang akan sentiasa diberkati Allah SWT,” titah Paduka Baginda. -KESULTANAN PAHANG


HRH THE SULTAN OF PAHANG PROCLAIMS MASJID PULAU SERAI AS MASJID TENGKU HAJAH AISYAH MANDAK

PEKAN, March 8, 2026 β€” His Royal Highness the Sultan of Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, graciously proclaimed Masjid Pulau Serai here as Masjid Tengku Hajah Aisyah Mandak.

The event also featured the Nuzul Al-Quran celebration as well as the recitation of Yasin and tahlil for the late Sultan Haji Ahmad Shah.

His Royal Highness was accompanied by His Royal Highness the Tengku Mahkota of Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Also in attendance were His Highness Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah and His Highness Tengku Arif Temenggong Tengku Fahad Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah.

During the ceremony, His Royal Highness also called on all mosques in the state of Pahang to enliven the houses of Allah through the continuous practice of reciting and reflecting upon the Quran.

β€œI hope that every building named as a mosque in the state of Pahang will practise the recitation of the Quran before or after every prayer time, as well as its interpretation, as a mandatory Standard Operating Procedure (SOP).

β€œGod willing, through this practice the state of Pahang will always be blessed by Allah SWT,” His Royal Highness said. -KESULTANAN PAHANG

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *