
13 Mac 2026
Sebanyak 13,920 kes tunggakan nafkah melibatkan bekas isteri berjaya diselesaikan dalam tempoh 2020 hingga 2025 menerusi pelbagai inisiatif penguatkuasaan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli berkata pencapaian itu mencerminkan keseriusan kerajaan dalam menangani isu kegagalan membayar nafkah yang dianggap sebagai pengabaian tanggungjawab yang menjejaskan kebajikan wanita dan anak-anak.
Sumber: Bernama
