YAYASAN SULTAN IBRAHIM JOHOR AGIH 700 BAKUL MAKANAN DAN SET MANISAN KEPADA RAKYAT JOHOR BAHRU DAN PERTUBUHAN PELADANG JOHOR

13 Mac 2026

Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) meneruskan komitmen murninya dalam membantu kebajikan masyarakat menerusi agihan sebanyak 700 bakul makanan dan set manisan kepada penduduk di sekitar daerah Johor Bahru, semalam (13 Mac)

Program bantuan dilaksanakan menerusi dua sesi agihan berasingan melibatkan rakyat Johor Bahru komuniti Kempas dan Pertubuhan Peladang Kawasan Johor Bahru Selatan.

Majlis penyerahan bantuan kepada komuniti Kempas berlangsung Dewanraya Kempas Baru. Dalam majlis tersebut, sebanyak 400 bakul makanan dan set manisan telah diserahkan.

Hadir bagi menyempurnakan sesi penyerahan tersebut ialah Shah Reza Md Kanafe, Pengurus Kanan, YSIJ dan Mohd Nurul Amin Abd Rahaman, Ketua Penolong Pegawai Daerah Johor Bahru.

Sesi kedua pula berlangsung di The Avenue M, Straits View bersempena Majlis Berbuka Puasa Petubuhan Peladang Kawasan (PPK) Johor Bahru Selatan. Sebanyak 300 bakul makanan serta set manisan lagi diagihkan kepada ahli pertubuhan.

Majlis penyerahan tersebut turut dihadiri oleh
Datuk Abd Aziz Sapian, Pengerusi AJP, PPK Johor Bahru Selatan dan Shah Reza Md Kanafe.

Bakul makanan yang mengandungi barangan keperluan asas serta set manisan ini diharapkan dapat membantu meringankan kos sara hidup para penerima bantuan lebih-lebih lagi semasa bulan Ramadan ini dan Aidilfitri yang akan menjelang.

YDPAgong

AllahPeliharakanSultan

IstanaNegara

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *