𝐏𝐀𝐍𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 πŒπ„π‘π„ππ“π€π’πˆ π’π„πŒππ€πƒπ€π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ – π’πˆππ†π€ππ”π‘π€ π’π„πŒππ„ππ€ π‚π”π“πˆ ππ„π‘π’π„πŠπŽπ‹π€π‡π€π 𝐃𝐀𝐍 π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ 𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀

16 Mac 2026

(INFO RINGKAS)

Bermula minggu ini, pertambahan aliran trafik pengembara dan kenderaan dijangka berlaku di laluan Tambak Johor berikutan musim cuti persekolahan serta cuti umum sempena sambutan Hari Raya Puasa yang dijangka jatuh pada hujung minggu hadapan. Ikuti panduan yang disediakan ini sebagai langkah awal sebelum memulakan perjalanan merentasi Tambak Johor.

Semua pengembara adalah dinasihatkan untuk memuat turun aplikasi MyNIISe melalui Apple App Store, Google Play atau Huawei AppGallery bagi menggunakan kemudahan pemeriksaan secara digital di lorong khas yang disediakan.

PERINGATAN MESRA:

❗️Pastikan dokumen perjalanan anda teratur dan masih dalam sah laku sebelum memasuki kaunter pemeriksaan imigresen.
❗️Kemukakan visa bagi negara yang memerlukan visa.
❗️Tambah nilai kad Touch ‘N Go dan pastikan baki kad anda mencukupi sebelum tiba ke Bangunan Sultan Iskandar.
❗️Anda diwajibkan menyemak status kelayakan di portal MALAYSIA DIGITAL ARRIVAL CARD (MDAC) dan mengisi butiran perjalanan sebelum tiba di Bangunan Sultan Iskandar.

Untuk keselesaan dan keselamatan semua, patuhi segala panduan/arahan berkaitan yang dipaparkan dan beri laluan kepada yang lebih memerlukan. Kesabaran anda amatlah dihargai.

Klik butang 𝑭𝑢𝑳𝑳𝑢𝑾 dan 𝑳𝑰𝑲𝑬 Media Sosial AKPS Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Media Sosial Rasmi Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bagi mendapatkan informasi terkini dan aktiviti AKPS.

βœ…οΈ Facebook AKPS BSI
https://www.facebook.com/akpsbsi

βœ… TikTok AKPS BSI
https://www.tiktok.com/@akps.bsi

βœ…οΈ Facebook AKPS MALAYSIA
https://www.facebook.com/mybordercontrol

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *