Penggiliran Anggota Pos Sempadan Diperkukuhkan

17 Mac 2026

Kementerian kini sedang memperketatkan pelaksanaan penggiliran anggota yang bertugas di pos-pos sempadan bagi meningkatkan tahap keselamatan serta memastikan penugasan tidak terlalu lama tertumpu di satu-satu lokasi.

Sistem penggiliran ini sebenarnya telah pun dilaksanakan sebelum ini. Namun begitu, kementerian kini sedang meneliti semula prosedur sedia ada bagi memastikan pelaksanaannya lebih teratur, berkesan dan selari dengan keperluan keselamatan semasa.

Ini juga sebahagian daripada usaha kita untuk memperkukuh integriti penugasan di sempadan, meningkatkan kecekapan operasi serta memastikan kawalan keselamatan negara sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *