𝐉𝐄𝐍𝐀𝐙𝐀𝐇 𝐃𝐔𝐀 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 πŒπ€π”π“ πƒπˆ π’π„π“πˆπ” π’π„π‹π€πŒπ€π“ πƒπˆπŠπ„ππ”πŒπˆπŠπ€π

17 Mac 2026

Kelantan Jenazah dua anggota tentera darat yang maut kemalangan di KM70, Jalan Bandar Permaisuri, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu semalam, selamat dikebumikan mengikut istiadat ketenteraan hari ini.

Muhammad Aminuddin Amran, 21, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Binjai, Mulong di Kota Bharu pada 4.35 pagi manakala Mohamad Shakiran Saidi, 36, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedondong Hilir, Bunut Susu, Pasir Mas pada 10.35 pagi.

Mohamad Shakiran dan Muhammad Aminuddin yang bertugas di Kem 7 Workshop Briged Tebrau, Johor maut selepas kereta Honda Civic dinaiki mereka terlibat kemalangan semasa dalam perjalanan untuk bercuti di kampung halaman.

πŸŽ₯ Noornasrin Salsabila Othman/BERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *