


GOMBAK (SELANGOR)
Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam setiap operasi penguatkuasaan adalah mengurangkan kadar kemalangan maut dan bukannya semata-mata mengeluarkan saman kepada pengguna jalan raya.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, wujud persepsi segelintir pihak termasuk media yang menganggap kerja hakiki JPJ hanya tertumpu kepada pengeluaran saman, terutamanya menjelang musim perayaan.
โSaya nak tegaskan bahawa tujuan kita bukannya nak keluarkan saman. Tujuan kita ialah untuk memastikan semua orang patuh kepada undang-undang jalan raya.
โKPI kita bukannya keluarkan berapa saman, tetapi KPI kita ialah mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Ini adalah misi kita dalam Kementerian Pengangkutan dan JPJ,โ katanya ketika berucap sempena operasi khas Aidilfitri JPJ Kuala Lumpur di Stesen Penguatkuasa Gombak hari ini.
Sumber /Bernama
