PELAWAT KE SARAWAK DIRAI SAMBUTAN BUDAYA SEMPENA AIDILFITRI

KUCHING, 23 Mac — Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 terus diserikan dengan sambutan ketibaan pelawat di pintu masuk utama lapangan terbang sempena Aidilfitri.

Ahli Lembaga Pengarah Tourism Malaysia, Synthia Law Wan Chin, berkata inisiatif itu dilaksanakan setiap musim perayaan sebagai sebahagian usaha mempromosikan kempen berkenaan serta menonjolkan hospitaliti Malaysia.

Kira-kira 1,000 penumpang diraikan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching hari ini, melibatkan pelawat antarabangsa dari Singapura dan Indonesia serta pelawat domestik dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Antara aktiviti disediakan termasuk demonstrasi mencanting batik bagi mempromosikan kraf tempatan.
Program ini dilaksanakan menerusi kerjasama pelbagai pihak termasuk kementerian, agensi pelancongan, syarikat penerbangan, persatuan industri dan pihak korporat.

Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan dalam memperkukuh promosi pelancongan serta memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi yang mesra, berbudaya dan unik.

MADELINA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *