MEDEVAC: Lima Kru Warga Thailand Melecur Dapur Masak Kapal Kargo Terbakar

25 Mac 2026

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyelamatkan lima anak kapal warga Thailand selepas kapal kargo yang mereka naiki mengalami kebakaran di bahagian rumah masak, semalam.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata kesemua lelaki berusia antara 25 hingga 61 tahun itu dilaporkan melecur dengan sebahagian daripadanya dikategorikan sebagai serius.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira 10.20 pagi pada kedudukan sekitar 30 batu nautika timur Tanjung Sedili, di Kota Tinggi.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *