

26 Mac 2026
(Info Ringkas)
Setiap ikrar pendermaan organ adalah satu harapan baharu untuk menyelamatkan nyawa. Pendermaan organ dan tisu boleh dilakukan sama ada semasa hidup atau selepas kematian, dan berpotensi memberi manfaat kepada ramai pesakit yang memerlukan rawatan transplantasi.
Semua individu layak untuk berikrar sebagai penderma, tertakluk kepada penilaian pakar perubatan pada akhir hayat, manakala individu di bawah umur memerlukan kebenaran ibu bapa atau penjaga.
Orang ramai digalakkan untuk mendaftar dan mengemas kini status sebagai pengikrar penderma organ melalui aplikasi MySejahtera sebagai langkah mudah dan bermakna dalam menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat. Dapatkan maklumat terkini berkaitan pendermaan organ menerusi laman sesawang www.dermaorgan.gov.my atau media sosial rasmi Derma Organ.
Ayuh, zahirkan keprihatinan anda, wariskan kehidupan, hormati ikrar anda.
