

31 MAC 2026, SEGAMAT β Pengurus Syarikat Solid New Energy Sdn Bhd yang terlibat dalam pengoperasian premis pemerolehan kembali buangan terjadual kod SW 103 dan SW 104 tanpa kelulusan Jabatan Alam Sekitar di Segamat, Johor telah disabitkan kesalahan dengan hukuman penjara selama 1 hari oleh Mahkamah Sesyen Segamat pada 31 Mac 2026. Pertuduhan ke atas syarikat pula telah disabitkan kesalahan dengan denda sebanyak RM270,000 oleh Mahkamah Sesyen Segamat pada 9 Mac 2026 yang lepas.
Tertuduh yang berusia 51 tahun telah didakwa bagi kesalahan di bawah Seksyen 34A(6) dan Seksyen 34B(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di mana tertuduh membuat pengakuan bersalah bagi semua pertuduhan ke atasnya dan telah disabitkan kesalahan di hadapan Hakim, Puan Rahimah binti Abd Majid.
Pihak industri dan masyarakat adalah diingatkan agar sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan dibawahnya. Kegagalan pematuhan terhadap peruntukan Jabatan akan menyebabkan tindakan perundangan dikenakan ke atas Syarikat dan juga Pengarah Syarikat serta individu yang terlibat.
Saya menyeru orang awam untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau email ke aduan_k@doe.gov.my dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.
