



.
๐๐๐ก๐๐๐๐ช๐, ๐ฏ๐ญ ๐ ๐ฎ๐ฐ โ Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis menahan dua Vesel Nelayan Tempatan (VNT) dalam dua operasi berasingan di perairan Langkawi semalam.
Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, kedua-dua vesel terbabit ditahan ketika pasukan penguat kuasa Maritim Malaysia melaksanakan rondaan rutin OP AMAN, OP TIRIS 3.0, OP GUARD 5.0, OP KHAS TANJUNG 2 SIRI 1/2026, OP KHAS PAGAR LAUT 1/2026 dan OP BERSEPADU BIL 1/2026 di sekitar perairan tersebut.
Jelas beliau, tangkapan pertama dilakukan kira-kira pukul 11.00 pagi di kedudukan 9.2 batu nautika barat Tanjung Belua melibatkan sebuah VNT bersama tiga kru warga Thailand berusia antara 43 hingga 69 tahun.
โHasil pemeriksaan mendapati, vesel berkenaan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan kurang daripada 15 batu nautika selain turut melanggar Akta Imigresen 1959/63,โ katanya lagi.
Romli turut memaklumkan, tangkapan kedua pula dilakukan pada pukul 1.25 petang di kedudukan 4.0 batu nautika barat laut Tanjung Chinchin melibatkan sebuah lagi VNT bersama tiga kru warga Thailand berusia antara 31 hingga 53 tahun.
โPemeriksaan lanjut menemukan, vesel terbabit telah melakukan pengubahsuaian pada kapasiti tangki simpanan minyak diesel yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 selain turut melanggar Akta Imigresen 1959/63,โ tambah beliau.
Ujar beliau lagi, kesemua vesel, kru serta barang kes telah ditahan dan dibawa ke jeti Maritim Negeri Kedah dan Perlis untuk siasatan lanjut. Nilai keseluruhan rampasan bagi kedua-dua kes tersebut dianggarkan melebihi RM1 juta.
โMaritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang dan akan terus mempergiat rondaan bagi mengekang aktiviti haram di perairan negara,โ tegasnya.
Sehubungan itu, orang ramai diminta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah atau kecemasan di laut melalui talian 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis di 04-9662750 untuk tindakan segera.
