

Wartawan JM
31 MAC 2026
Pihak Kerajaan menafikan
sekeras-kerasnya dakwaan dari
Bloomberg pada 30 Mac 2026 berkaitan dengan tuduhan bahawa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jawatankuasa khas menangguhkan pendedahan hasil siasatan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.
Sehubungan itu Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata Jabatan Peguam Negara (AGC) akan mengambil tindakan selanjutnya terhadap Bloomberg terkait dengan dakwaan yang berkenaan.
Beliau menjelaskan ia selaras dengan pembentangan Jawatankuasa Siasatan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Mac 2026, prosiding telah dimulakan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
“Prosiding ini mempunyai proses dan tatacara yang perlu dipatuhi,” kata beliau dalam kenyataan media.
Beliau berkata sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – JM
