🇲🇾KDN SAMBUT BAIK, SOKONG PENUH DASAR BEKERJA DARI RUMAH

2 April 2026

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyambut baik dan menyokong penuh pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi sektor Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) seperti diumumkan Kerajaan MADANI, yang akan bermula 15 April 2026.

💬KENYATAAN YB MENTERI DALAM NEGERI

“Walau di mana jua kita berkhidmat, keselamatan negara tidak pernah berhenti. Pelaksanaan dasar ini merupakan langkah strategik ke arah meningkatkan produktiviti serta memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.”
-YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Pelaksanaan ini mencerminkan komitmen Kerajaan dalam memperkukuh sistem kerja yang lebih fleksibel, moden dan berdaya tahan, selari dengan keperluan semasa serta kesejahteraan penjawat awam.

KDN memberi jaminan bahawa keselamatan negara dan ketenteraman awam kekal menjadi keutamaan, dengan semua fungsi teras kementerian terus beroperasi secara cekap melalui pendekatan Smart Enforcement dan pendigitalan perkhidmatan.

Sumber:
Kenyataan Media
YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Perdana Menteri
1 April 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *