


2 April 2026
JohorBahru : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor membongkar sindiket penjualan air ketum yang menjadikan sebuah kilang sewa sebagai makmal pemprosesan di Taman Kempas Utama melibatkan rampasan bernilai RM76,796 pada Februari lepas.
Pengarahnya Aminul Izmeer Mohd Sohaimi berkata serbuan pada 9.30 malam 27 Feb dilakukan menerusi cawangan narkotik Johor hasil maklumat risikan Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA) dan Cawangan Risikan Zon Selatan.
Beliau berkata pihaknya menahan seorang lelaki tempatan dipercayai berperanan sebagai pengurus dan dua pekerja wanita Indonesia yang berusia antara 28 hingga 35 tahun.
βSindiket ini dipercayai telah beroperasi antara satu hingga dua tahun dengan bekalan daun ketum diambil dari Kedah,β katanya pada sidang media di Stor Bahagian Penguatkuasaan JKDM Johor hari ini.
Sumber: BERNAMA
