
5 April 2026
Kementerian Pendidikan (KPM) menzahirkan rasa dukacita dan merakamkan
ucapan takziah kepada keluarga dua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG)
Kampus Perlis yang mengalami kemalangan sewaktu mengikuti Program
Pendidikan Luar Kampus pada Sabtu.
Semoga seluruh keluarga diberi
kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
KPM sedang menguruskan bantuan segera kepada keluarga pelajar terlibat.
Sokongan psikososial turut disediakan. Aspek kebajikan dan kesejahteraan
diberi tumpuan.
Kejadian ini sedang berada dalam siasatan pihak berkuasa. KPM juga telah
memulakan proses siasatan dalaman bagi meneliti pematuhan setiap
prosedur operasi standard (SOP) yang berkaitan.
Semua institusi pendidikan bawah kelolaan KPM diingatkan untuk sentiasa
memastikan penganjuran aktiviti luar mematuhi setiap SOP yang sedang
berkuatkuasa dan keselamatan peserta diberi perhatian.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
5 APRIL 2026
