KPM siasat pematuhan SOP, kes 2 pelajar IPG Perlis lemas

Oleh: Sholina Osman
5 APRIL 2026

Kementerian Pendidikan (KPM)
telah memulakan proses siasatan dalaman bagi meneliti pematuhan setiap prosedur operasi standard (SOP) berhubung kes dua pelajar Institut Perguruan Guru (IPG) Kampus Perlis, lemas di Pantai Merdeka, Kedah, semalam.

Kenyataan media KPM memaklumkan
kejadian ini sedang berada dalam siasatan pihak berkuasa.

Sehubungan itu, semua institusi pendidikan bawah kelolaan KPM diingatkan sentiasa memastikan penganjuran aktiviti luar mematuhi setiap SOP yang sedang berkuatkuasa dan keselamatan peserta diberi perhatian.

MENZAHIRKAN RASA DUKACITA

Dalam pada itu KPM menzahirkan rasa dukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dua pelajar Kampus Perlis yang mengalami kemalangan sewaktu mengikuti Program Pendidikan Luar Kampus pada Sabtu.

“Semoga seluruh keluarga diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini,” kata kenyataan itu.

KPM sedang menguruskan bantuan segera kepada keluarga pelajar terlibat.

Sokongan psikososial turut disediakan. Aspek kebajikan dan kesejahteraan diberi tumpuan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *