PMX bertemu Duta Besar Republik Islam Iran ke Malaysia

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
7 APRIL 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Duta Besar Republik Islam Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi, sempena Kuala Lumpur–Ankara Dialogue awal hari ini.

“Dalam suasana ketidaktentuan susulan krisis Asia Barat, saya menzahirkan penghargaan Malaysia atas keputusan Iran membenarkan kapal minyak negara melalui Selat Hormuz,” kata Anwar dalam hantaran di FB.

Beliau berkata langkah ini amat penting dalam memastikan kelangsungan bekalan tenaga, sekali gus membantu mengekang tekanan terhadap kos sara hidup rakyat dan menyokong kestabilan ekonomi negara. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *