

BEIRUT, 10 April – Lebih 300 orang terbunuh dalam serangan Israel ke atas Lubnan semalam.
Kementerian Kesihatan Lubnan memaklumkan, sekurang-kurangnya 1,150 orang cedera.
Jumlah itu menjadikan secara keseluruhan sejak perang antara Israel dan Hizbullah yang disokong Iran pada 2 Mac lalu meningkat kepada 1,888 orang mati dan 6,092 orang cedera.
Kementerian itu menambah bahawa jumlah kematian pada Rabu termasuk 71 wanita, 30 kanak-kanak dan sembilan orang warga emas.
JUMLAH KEMATIAN MENINGKAT
Ia memberi amaran bahawa jumlah kematian mungkin meningkat lagi memandangkan usaha pencarian sedang dijalankan, serta ujian DNA mayat yang dipindahkan ke hospital.
Dalam pada itu, tentera Lubnan turut memberitahu, empat askar terbunuh dalam serangan Israel semalam, seorang daripada mereka bertugas di Sidon di selatan Lubnan, manakala tiga yang lain tidak bertugas di timur laut.
Tentera Lubnan, yang bukan pihak dalam perang, kini telah kehilangan 14 orang askar akibat serangan Israel, dua daripadanya sedang bertugas.
Direktorat Keselamatan Am Lubnan juga mengumumkan kematian salah seorang anggotanya dalam serangan tersebut. -AFP
