


๐๐จ๐ ๐จ๐ง, ๐ญ๐ฎ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น โ Maritim Negeri Perak telah menahan dua buah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) dalam dua operasi berasingan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 serta Akta Imigresen 1959/63 di perairan negeri ini, Jumaat lalu.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, tangkapan pertama dilakukan pada pukul 4.05 petang ke atas sebuah vesel pukat tunda kelas B1 yang dikendalikan oleh seorang tekong tempatan bersama dua awak-awak pemastautin tetap (PR). Kesemua mereka berusia antara 38 tahun hingga 54 tahun.
Tangkapan dibuat oleh aset bot Maritim Malaysia semasa melaksanakan rondaan di bawah OP SAYONG 1/2018, OP PINTAS 1/2021 dan OP TIRIS 3.0. Pemeriksaan mendapati vesel pukat tunda kelas B1 ini, disyaki melanggar syarat sah lesen kerana menangkap ikan kurang daripada lapan batu nautika dari daratan terhampir di kedudukan dua batu nautika barat laut Pulau Pangkor.
Turut dirampas ialah hasil tangkapan dengan nilai keseluruhan sitaan dianggarkan mencecah RM1.5 juta sebelum kesemuanya dibawa ke Jeti LKIM Kg. Acheh untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata, tangkapan kedua pula dilakukan pada waktu yang sama oleh aset kapal Maritim Malaysia semasa melaksanakan rondaan di bawah OP SAYONG 1/2018 dan OP KHAS TANJUNG 2.
Pemeriksaan lanjut mendapati, vesel terbabit disyaki melanggar syarat sah lesen kerana memukat ikan kurang daripada 15 batu nautika dari daratan terhampir di kedudukan kira-kira 11.7 batu nautika barat daya Sungai Belukang.
Tambah beliau, pemeriksaan ke atas vesel tersebut turut mendapati ia dikendalikan oleh empat kru warga Myanmar termasuk tekong.
Kesemua kru berkenaan juga disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah serta dipercayai tinggal lebih masa di negara ini.
Vesel diiringi ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM) Kg. Acheh untuk siasatan lanjut. Anggaran nilai keseluruhan sitaan bagi tangkapan kedua ini berjumlah melebihi RM3 juta.
โMaritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar syarat sah lesen, peraturan perikanan mahupun undang-undang imigresen.
โTindakan tegas akan terus diambil bagi memastikan kedaulatan perairan negara, keselamatan komuniti maritim serta kelestarian sumber perikanan terus terpelihara,โ kata beliau.
