
16 April 2026
Jepun akan menyediakan sokongan kewangan berjumlah US$10 bilion kepada negara-negara Asia lain bagi membantu mereka menjamin bekalan minyak mentah masing-masing, kata Perdana Menteri Sanae Takaichi pada Rabu, lapor Kyodo News.
Langkah itu diambil susulan gangguan penghantaran tenaga yang berpunca daripada ketegangan di Asia Barat.
Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat dalam talian bersama rakan sejawatnya dari ASEAN dan pemimpin lain, Takaichi berkata bantuan kewangan yang dirancang itu adalah bersamaan sehingga 1.2 bilion tong minyak, kira-kira setahun import minyak mentah oleh negara-negara anggota ASEAN.
Sumber Bernama –
