






Kuala Lumpur, 16 April 2026 (Khamis) – YDH CP Datoβ Hussein Omar Khan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik memaklumkan melalui satu sidang media memberitahu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia terus memperkukuh gerak gempur membanteras dadah menerusi empat (4) operasi bersepadu di Selangor, Kuala Lumpur, Kedah dan Perlis hasil risikan rapi serta tindakan penguatkuasaan berfokus.
π΄ π’π£ πππ ππ£π§ππ₯π
Bertindak atas maklumat risikan, JSJN Bukit Aman melancarkan dua siri serbuan di Puchong dan Cheras yang membawa kepada penahanan 2 lelaki tempatan yang berperanan sebagai transporter dan penjaga stor sindiket. Sindiket ini menggunakan taktik licik menjadikan kenderaan sebagai βstor bergerakβ bagi mengaburi pihak berkuasa.
- Tangkapan: 2 lelaki tempatan
- Rampasan: 616.12 kg methamphetamine, 6.4 kg pil Erimin 5 & 0.8L fentanyl
- Nilai rampasan: RM31.57 juta
- Sitaan harta: RM432,000
- Potensi rosakkan: 3.12 juta pengguna
π΄ π’π£ πππ‘πππ
Berikutan peningkatan kes di Kedah dan Perlis, satu operasi khas berskala besar dilancarkan dengan fokus melumpuhkan rantaian bekalan hingga ke peringkat akar umbi. Operasi ini menyaksikan gerak gempur agresif di kawasan panas termasuk Langkawi dan Kuala Kedah.
- 231 serbuan dilaksanakan
- Tangkapan: 191 individu (warganegara & warga asing)
- Pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya & Akta Racun
- Tindakan menyeluruh termasuk tangkapan orang dikehendaki
π΄ π’π£ ππ’π‘π’π£π¦
Susulan risikan daripada Op Langka, JSJN berjaya membongkar sindiket yang menggunakan kondominium sebagai pusat pembungkusan dan penyimpanan dadah sebelum diedarkan ke dalam dan luar negara. Sindiket ini turut menggunakan perkhidmatan e-hailing serta keldai dadah untuk penghantaran.
- Tangkapan: 7 individu
β’ 5 warganegara (2 lelaki, 3 perempuan)
β’ 2 warga asing (1 lelaki, 1 perempuan) - Rampasan: 170.74 kg bunga ganja & 7.04 kg ganja
- Nilai rampasan: RM13.68 juta
- Sitaan harta: RM385,000
- Potensi rosakkan: 356,000 pengguna
π΄ π’π£ ππππ₯π¬π
Hasil kerjasama risikan antara agensi, JSJN melancarkan tiga siri serbuan di Seri Kembangan dan Bukit Jalil. Sindiket dikesan menyembunyikan dadah dalam tin makanan sebelum dihantar ke Sabah menggunakan perkhidmatan kurier.
- Tangkapan: 5 individu
β’ 1 lelaki tempatan
β’ 4 warga asing (3 lelaki, 1 perempuan) - Rampasan: 61 kg methamphetamine
- Nilai rampasan: RM3.05 juta
- Sitaan harta: RM79,000
- Potensi rosakkan: 305,000 pengguna
π Jumlah keseluruhan rampasan & sitaan dianggarkan RM49.2 juta
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman berat termasuk gantung sampai mati atau penjara seumur hidup serta sebatan jika disabitkan kesalahan.
Turut hadir, YDH CP Dato’ Fadil bin Haji Marsus, Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH DCP Datuk Mat Zani @ Mohd Salahuddin bin Che Ali, Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi), YDH DCP Mohd Zani bin Che Din, Timbalan Pengarah Narkotik (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan), YDH DCP Dato’ Mohd Azani bin Omar, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH SAC Datuk Jasmirol bin Jamaluddin, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi), YDH SAC Mohd Afzanizam bin Yahaya, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Perhubungan Antarabangsa), YDH ACP Hairi bin Ramlan, Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Perhubungan Antarabangsa), YDH ACP Gabriel Anak Risut, Penolong Pengarah Narkotik (Risikan Zon I), YDH ACP Haslah Haslah binti Bachok, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, YDH ACP Mohd Faisal bin Mohd Noor Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor dan barisan pegawai kanan JSJN Bukit Aman, IPK Kuala Lumpur dan IPK Selangor.
JSJN menegaskan tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam pengedaran dadah. Orang ramai digesa menyalurkan maklumat melalui Hotline JSJN: 012-208 7222.
π« Dadah Musuh Nombor Satu Negara
βππππ πππππππ πππππ, ππππππππ ππππππππβ
JSJN
PDRM
PerangiDadah
LindungiGenerasi #DadahMusuhNegara
OpHemiptera
OpLangka
OpConops
OpIcerya
Jurugambar : KPL Mohd Khairul Azri bin Juhari & KPL Mohd Khairuddin bin Shafie
